Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINTOFF, DOM

Mintoff, Dom (1916– ), ketua Parti Buruh

Malta, Perdana Menteri Malta dari tahun 1955

hingga 1958 ketika Malta menjadi tanah jajahan

United Kingdom. Dia juga berkhidmat sebagai

Perdana Menteri Malta yang merdeka dari tahun

1971 hingga tahun 1984.

UMUM 
MALTA

Malta ialah negara pulau yang terletak

berhampiran bahagian tengah Laut Mediterranean,

kira-kira 95 kilometer di selatan Sicily. Ia

merupakan sekumpulan beberapa pulau; tiga

daripadanya didiami penduduk, iaitu Malta, Gozo,

dan Comino, dan tiga pulau kecil yang tidak

didiami, iaitu Cominotto, Filfla, dan Selmunett

(Pulau St. Paul’s). Malta adalah salah sebuah negara

yang paling padat penduduknya di dunia.

UMUM 
ANJING MALTA

Anjing Malta mungkin merupakan anjing kecil

kesayangan yang pertama di dunia. Ia berasal dari

Pulau Malta di Laut Mediterranean lebih 2000

tahun yang lalu.

UMUM 
EBEJER, FRANCIS

Ebejer, Francis (1925–1993) ialah penulis Malta.

UMUM 
BORG OLIVIER, GEORGIE

Borg Olivier, Georgie (1911–1980) ialah ahli

politik Malta yang merundingkan kemerdekaan Malta

daripada United Kingdom. Kemerdekaan tersebut

tercapai pada 21 September 1964 semasa Borg

Olivier menjadi perdana menteri.

UMUM 

Kembali ke atas