Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ji.rin] | بيجيرين

Definisi : (Tani) biji-bijian (spt gandum, barli, jagung, padi, dsb) yg dijadikan bahan makanan asas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ji.rin] | بيجيرين

Definisi : biji-bijian spt gandum, padi yg dijadikan bahan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijirin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIJIRIN UMUM 
OAT

Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang

menanam oat terutamanya sebagai makanan

haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan

makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok

oat diproses dan digunakan dalam makanan

seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin

sarapan yang sedia dimakan.

UMUM 
KELLOGG, W. K.

Kellogg, W. K. (1860–1951), pengeluar bijirin

Amerika yang terkenal dengan gelaran “King of The

Corn Flakes” (Raja Kepingan Jagung). Semasa

separuh pertama usianya, Will Keith Kellogg tidak

dikenali ramai. Namun apabila dilantik sebagai

ketua syarikat bijirin yang ditubuhkan pada tahun

1906, dia mula menjadi salah seorang pakar

jurujual dan saudagar utama pada waktu itu, dan

berjaya mengumpul harta.

UMUM 
EMER

Emer ialah butir bijirin yang serupa dengan

gandum.

UMUM 
PADI LIAR

Padi liar ialah butir bijirin yang tumbuh pada

rumput akuatik, berkaitan dengan padi. Tangkai padi

liar tumbuh dari 1.2 meter hingga 2.4 meter tingginya.

UMUM 
DEMETER

Demeter dalam mitologi Yunani merupakan dewi

bumi, pertanian, kesuburan, dan bijirin. Orang

Rom purba juga mempunyai dewa yang serupa

yang dinamakan Ceres.

UMUM 
MIL OAT

Mil oat ialah keluaran makanan yang dibuat

daripada oat. Ia biasanya dimakan sebagai bijirin

sarapan yang dimasak yang dinamakan bubur. Mil

oat dibuat dengan membuang sekam luar isirung

oat. Groat atau bahagian dalam isirung, dilecek

untuk menanggalkan kulit luarnya. Kemudian, ia

dikukus sebahagiannya masak, dan digelek untuk

membentuk emping. Mil oat segera dimasak,

didapati apabila groat dipotong menjadi kepingan

yang lebih kecil sebelum digelek menjadi emping.

Mil oat adalah sumber vitamin B dan zat besi

yang baik. Satu cawan (240 gram) bubur mil oat

mengandungi kira-kira 23 gram karbohidrat, lima

gram protein, dua gram lemak. Satu cawan terdiri

daripada kira-kira 85 peratus air dan mempunyai

130 kalori.

UMUM 
MINUMAN BERALKOHOL

Minuman beralkohol ialah minuman yang

mengandungi alkohol etil. Minuman beralkohol

dihasilkan terutamanya daripada bijirin seperti

barli, jagung dan sekoi, ataupun diperoleh

daripada buah anggur atau buah-buahan yang lain.

UMUM 
AVOIRDUPOIS

Avoirdupois ialah sistem timbangan

untuk barang dagangan biasa yang agak

besar, seperti batu arang, bijirin, atau bahan

makanan. Sistem ini telah digunakan di

Komanwel British dan Amerika Utara, tetapi

sebahagian besarnya telah digantikan dengan

sistem metrik. Perkataan avoirdupois berasal dari

perkataan Perancis bermakna barang-barang

berat . Asas sistem ini ialah paun, yang

bersamaan dengan 0.45 kilogram. Satu paun

avoirdupois mengandungi 7000 grain. Ia

dibahagikan kepada 16 auns, setiap auns

bersamaan dengan 16 dram. Paun Troy dan

apotekari, digunakan untuk menimbang logam

berharga dan permata, yang bersamaan dengan

0.37 kilogram, dan mengandungi 5760 grain.

Paun ini dibahagikan kepada 12 auns. Dalam

sistem yang menggunakan paun, berat grain

adalah sama – 65 miligram.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Auns Paun

Berat Timbangan dan ukuran

UMUM 
SKRUPIL

Skrupil ialah unit timbang apotekari, sejenis

sistem yang digunakan secara meluas untuk

menimbang ubat. Skrupil bersamaan 20 bijirin,

atau 1.296 gram.

UMUM 
12

Kembali ke atas