HARAM | Haram, sesuatu yang ditegah oleh syarak dengan tegahan yang pasti. Seseorang yang melakukan perkara yang diharamkan adalah berdosa dan akan menerima balasan daripada Allah SWT berupa azab di akhirat kelak. | AGAMA | Konsep |
MENNONITE | Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the Mount (Matt. 5–7). Bagi Mennonite, berperang, bersumpah, atau memegang jawatan dengan menggunakan kekerasan adalah ditegah. | UMUM | |
HALAL | Halal, hukum membenarkan sesuatu perbuatan yang dilakukan. Seseorang yang melakukan perbuatan yang halal tidak tertakluk kepada apa-apa bentuk pembalasan kerana melakukan sesuatu yang tidak ditegah, malah diharuskan. | AGAMA | Konsep |