Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pi.sod] | ايڤيسود

Definisi : (épisod) satu bahagian drpd sesebuah karya sastera atau drama yg muncul dlm beberapa bahagian selama satu-satu tempoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.pi.sod] | ايڤيسود

Definisi : /épisod/ sebahagian cerita dll drpd cerita yg lebih besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata episod


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARCA FARNESE BULL

Arca Farnese Bull merupakan sekelompok arca

yang terkenal yang memaparkan satu episod dalam

mitologi Yunani. Nama ini berasal daripada Istana

Farnese di Rom, yang pernah menyimpan arca ini

pada suatu ketika dahulu. Farnese Bull merupakan

arca marmar yang menarik yang ditiru daripada arca

yang telah hilang yang dibuat oleh pemahat arca

Yunani, Appollonios dan Tauriskos dari Tralles pada

tahun 100-an S.M. Pemahat arca Rom yang tidak

dikenali telah membuat tiruan ini pada tahun 200-an

M. Tiruan tersebut ditemui semasa ekskavasi di Rom

pada tahun 1500-an, dan bahagian arca yang hilang

itu telah dibaik pulih oleh artis Zaman Renaissance.

UMUM 
PUISI SIMFONI

Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang

cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam

muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni

pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah,

pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah.

Puisi simfoni berkembang daripada overtur

konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi

simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian).

Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas

dan lebih panjang.

UMUM 
CERITA JENAKA

CERITA JENAKA, sekumpulan cerita yang terdapat dalam kelompok besar cerita rakyat dalam tradisi lisan Melayu yang  mempunyai unsur lucu. Kelompok cerita jenaka terdiri daripada beberapa cerita pendek, yang mengandungi satu episod mengenai satu watak tertentu sahaja.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas