Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLUMBAAN LEBUH RAYAAcara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MERENTAS DESA

Merentas desa ialah perlumbaan jarak jauh.

Tidak seperti perlumbaan trek dan padang,

pertandingan merentas desa tidak dijalankan di

atas trek. Pelumba biasanya berlumba merentasi

padang atau padang golf dan sering kali juga

melalui hutan dan bukit.

UMUM 
STRATEGIK

Perjanjian Pengurangan Senjata

Strategik (Strategic Arms Reduction Treaty)

(START) merujuk kepada salah satu daripada dua

persetujuan senjata yang mengurangkan bilangan

senjata nuklear jarak jauh. Amerika Syarikat dan

Kesatuan Soviet menandatangani START I, yang

pertama pada bulan Julai 1991. START I bertujuan

mengurangkan bilangan peledak nuklear dan bom

jarak jauh yang dimiliki oleh kedua-dua negara

sebanyak kira-kira satu per tiga.

UMUM 
RENANG SELAT

Renang selat secara amnya merujuk kepada

berenang untuk menyeberangi Selat Inggeris.

Perenang-perenang jarak jauh dunia menganggap

acara renang ini sebagai salah satu cabaran yang

paling besar bagi kerjaya mereka. Dalam beberapa

tahun, seramai 50 orang mencuba untuk

menyeberanginya. Lima daripada enam percubaan

itu gagal. Hari ini, kebanyakan perenang yang berjaya

berenang menyeberanginya dengan teknik yang

lebih baik, dalam masa separuh daripada yang

diambil oleh perenang selat yang pertama, iaitu

Matthew Webb yang merenanginya pada tahun 1875.

UMUM 
KAWALAN JAUH

Kawalan jauh ialah pengawalan sesuatu sistem

dari jarak jauh. Sistem ini digunakan untuk set

televisyen sehinggalah kepada peluru berpandu

atau satelit. Jaraknya mungkin hanya beberapa

meter atau sampai beribu-ribu kilometer.

UMUM 
NURMI, PAAVI JOHANNES

Nurmi, Paavi Johannes (1897–1973) ialah

pelari Finland yang memenangi sembilan pingat

emas Olimpik dan mencatatkan 29 rekod dunia

bagi lebih daripada 16 larian jarak jauh secara

berasingan.

UMUM 
SEURAT, GEORGES

Seurat, Georges (1859–1891) ialah artis Perancis

yang telah membangunkan satu sistem melukis

yang dinamakan pointillisme . Di sebalik

menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik-

bintik rapat yang berwarna terang dan seragam

saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik

tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan

warna lain yang sama terang. Pointillisme

menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan

hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran

manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini

boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon

on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis.

UMUM 
MESIN

Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri

menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan

penekan untuk membuat keluaran yang kita

gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip,

komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas

dan kapal terbang mengangkut manusia dengan

pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal

adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut

barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin,

penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar

untuk hidup, dan peladang tidak dapat

menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir

setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita

bergantung pada mesin.

UMUM 
PERGUNUNGAN BLUE RIDGE> Pergunungan Blue Ridge ialah banjaran

bahagian timur Sistem Pergunungan Appalachian di

Amerika Syarikat Timur. Pergunungan ini

menganjur dari tenggara Pennsylvania merentas

Maryland , Virginia, Carolina Utara, Carolina Selatan,

dan utara Georgia. Nama ini diberi bersempena

dengan warna biru pada cerun berhutan yang dapat

dilihat dari jarak jauh.

UMUM 
SEKOLAH

Sekolah ialah institusi yang menyediakan

pendidikan. Kebanyakan sekolah boleh dijelaskan

sebagai bangunan yang sering dikunjungi oleh

kanak-kanak dan remaja untuk belajar membaca,

menulis, matematik, sains, pengajian sosial, dan

sebagainya. Walau bagaimanapun, ciri sesetengah

sekolah berlainan daripada sekolah biasa.

Contohnya, ramai kanak-kanak Australia yang

tinggal di ladang biri-biri yang jauh dari bandar,

mendapat pendidikan harian di rumah melalui

radio dan televisyen. Guru mereka berada di

studio yang menyiarkan maklumat dari jarak jauh.

Murid-murid berbual dengan guru melalui sistem

radio dua hala. Sekolah udara ini bukanlah

bangunan yang dikunjungi oleh pelajar untuk

mendapatkan pelajaran, tetapi masih dianggap

sebagai sekolah. Di pusat jagaan kanak-kanak atau

tadika , anak kecil yang dianggap murid tidak akan

belajar membaca, menulis, dan mengira.

Bagaimana pula dengan universiti yang menerima

pelajar dewasa? Bolehkah ia dianggap sekolah?

UMUM 
12

Kembali ke atas