Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.u.kur] | جورواوکور

Definisi : orang yg kerjanya mengukur tanah; ~ bahan orang yg kerjanya menganggarkan kos bahan dan buruh yg diperlukan utk sesuatu kerja pembinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.u.kur] | جورواوکور

Definisi : orang yg kerjanya mengukur tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juruukur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEODOLIT

Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh

juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia

menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan

yang dinamakan transit. Teodolit memberikan

bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah

teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir

dengan satu saat daripada arka (pecahan darjah

yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan

teodolit dilekatkan pada tripod (tempat letak

berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan

teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke

sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop

memberikan bacaan di sekitar horizon dalam

darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak

dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop

menyatakan bacaan menegak.

UMUM 
ALTIMETER

Altimeter ialah alat sensitif yang menunjukkan

altitud. Altimeter digunakan dalam kapal terbang.

Pendaki gunung, juruukur dan ahli sains juga

menggunakannya.

UMUM 
TANDA ARAS

Tanda aras ialah titik tetap dan boleh dikenali yang

terletak pada ketinggian yang diketahui. Tanda aras

biasanya adalah tanda pada objek yang wujud,

contohnya pada dinding bangunan. Dalam kes-kes

lain, juruukur mungkin memacakkan tiang konkrit ke

dalam tanah. Plat loyang di bahagian atas tiang

menjadi tanda aras.

UMUM 
THOMPSON, DAVID

Thompson, David (1770–1857) ialah ahli

geografi dan penjelajah Kanada yang menjelajah

Sungai Columbia dari puncanya di Kanada

sehingga muaranya di Amerika Syarikat. Dia

menjelajah kawasan yang luas di Kanada dan

mengukur punca paling utara Sungai Mississippi

di Amerika Syarikat. Dari tahun 1816 hingga

tahun 1826, dia menjadi juruukur sempadan

Amerika Syarikat-Kanada.

Thompson lahir di Westminster, London,

England dan mendapat latihan di Hudson Bay

Company ketika berusia 14 tahun. Thompson

bekerja di North West Company dari tahun 1797

hingga tahun 1812.

UMUM 
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 
SMITH, WILLIAM

Smith, William (1769–1839) ialah ahli geologi

dan jurutera British yang menemui cara untuk

mengenal pasti pembentukan batuan daripada

fosilnya. Dia juga menerbitkan peta geologi

England dan Wales yang pertama. Smith lahir di

Churchill, Oxfordshire, England. Dia belajar sendiri

ilmu kejuruteraan dan geologi. Dia mula bekerja

sebagai pembantu juruukur dan menjadi jurutera

terusan dan saliran. Smith mengumpulkan fosil,

mengkaji batuan dan menyusunnya mengikut usia.

Dia menerbitkan Geological Map of England and

Wales, with part of Scotland pada tahun 1815.

UMUM 
KLINKERT, H.C.

KLINKERT, H.C. (1829-1913), ahli bahasa Belanda. Dia lahir pada 11 Jun 1829 di Amsterdam, Belanda. Nama penuhnya ialah Hillebrendus Cornelius Klinkert. Klinkert ialah seorang juruukur dan pernah bekerja di sebuah kilang di Fijenoord dan di sebuah syarikat kapal api Hindia Belanda.

BAHASATokoh

Kembali ke atas