Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.di.ran] | کحاضيرن

Definisi : perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.di.ran] | کحاضيرن

Definisi : perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELEKTROSKOP

Elektroskop ialah alat yang mengesan kehadiran

cas elektrik. Jenis elektroskop tertentu, yang

dinamakan elektrometer, juga mengukur amaun

cas yang ada.

UMUM 
ZAMRUD

Zamrud ialah batu permata berwarna hijau yang

merupakan varieti mineral beril. Warnanya hijau

disebabkan kehadiran sedikit kromium dalam

hablurnya.

UMUM 
ARK OF THE COVENANT

Ark of the Covenant ialah peti kayu suci yang

diterangkan dalam kitab Bible sebagai mewakili

kehadiran Tuhan. Ia dinamakan Ark of the

Covenant kerana ia melambangkan waad

(covenant), satu perjanjian khas yang dibuat antara

Bani Israel dengan Tuhan di Gunung Sinai.

UMUM 
PERANG TANDING

Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan

bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan

mengikut satu set undang-undang atau peraturan

dan biasanya dilakukan dengan kehadiran

beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu

hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan

biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi

dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka

menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding

boleh berpunca daripada pertelingkahan

mengenai harta, menuduh seseorang sebagai

pengecut, gangguan terhadap keluarga atau

maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian.

UMUM 
AKRILONITRIL BUTADIENA STIRENAPolimer termoplastik yang dihasilkan melalui gabungan tiga monomer yang berlainan jenis, iaitu akrilonitril, butadiena, dan stirena.  Termoplastik yang berstruktur amorfus ini lebih dikenali sebagai ABS, berdasarkan huruf di hadapan ketiga-tiga monomer.  Kehadiran ketiga-tiga monomer menjadikan ABS mempunyai gabungan dua sifat, iaitu sifat getah dan sifat kaca.  Sifat kaca dihasilkan oleh kopolimer stirena-akrilonitril atau polistirena dengan fasa getah,.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
CERITA FANTASTIK

CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan – yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous – di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.

     

SASTERAKonsep
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 
LEMBAGA

LEMBAGA, badan yang dibentuk oleh masyarakat Melayu adat perpatih. Lembaga terbentuk oleh kehadiran pelbagai jenis hak, tanggungjawab serta peranan dalam masyarakat. Dalam sistem kepimpinan tradisional adat perpatih, Lembaga ialah ketua kelompok kekerabatan yang bernama suku. Kedudukan ini juga merujuk beberapa ‘badan’ lain yang terdapat dalam pelbagai tingkat pentadbiran tradisional hukum adat perpatih seperti badan yang melantik atau mengesahkan serta membantu Undang yang dikenal sebagai Lembaga Tiang Balai.

BUDAYAAdat
RIPLEY, ROBERT LEROY

Ripley, Robert LeRoy (1893–1949) ialah

pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur

di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang

dikenali sebagai “Believe It or Not”. Panel ini

mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil

dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di

puncak kepopularannya, jumlah pembaca “Believe

It or Not” dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta

orang. Rencana itu juga mengandungi bahan

untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri

dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku,

filem, dan muzium.

UMUM 
SAPIR, EDWARD

Sapir, Edward (1884–1939) ialah ahli antropologi

dan ahli bahasa Amerika yang menerokai hubungan

antara bahasa, budaya dan personaliti. Dalam

antropologi, Sapir membantu menemui dua cabang

kajian (1) antropologi linguistik yang menganalisa

peranan bahasa dalam pelbagai masyarakat dan

(2) antropologi psikologi yang mengkaji tentang

perhubungan antara budaya dan personaliti. Dia juga

merumuskan kaedah para sarjana boleh membina

semula sejarah kebudayaan tanpa kehadiran bukti

tulisan.

UMUM 
12

Kembali ke atas