Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.ti.han] | کڤوتيهن

Definisi : 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.ti.han] | کڤوتيهن

Definisi : 1 keadaan atau hal putih. 2 penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih dr kemaluan, yg menyebabkan berasa gatal). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKEWEED

Pokeweed ialah sejenis pokok herba saka yang

tinggi dan bercabang dengan bunga hijau –

keputihan dan batang berwarna merah. Ia berasal

dari timur Amerika Utara, dan telah diperkenalkan

ke barat Amerika Utara dan ke benua lain.

Pokeweed tumbuh antara satu dan tiga meter tinggi.

UMUM 
TIKUS BULAN

Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies

mamalia pemakan serangga dari China dan Asia

Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali

sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung

yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik.

Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies

yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna

hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan

tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga,

cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang

lebih kecil.

Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam

order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan

terbesar ialah Echinosorex gymnurus .

UMUM 

Kembali ke atas