Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
liput
Kata Terbitan : meliputi, terliput,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACEDONIA

Macedonia ialah kawasan bersejarah di

Semenanjung Balkan di bahagian tenggara Eropah.

Kawasan ini meliputi seluruh bahagian negara yang

juga dikenali sebagai Macedonia, dan juga bahagian

utara Greece dan barat daya Bulgaria. Negara

Macedonia mempunyai keluasan 25 713 kilometer

persegi. Macedonia Greece meliputi kawasan seluas

34 203 kilometer persegi dan Macedonia Bulgaria

seluas 6480 kilometer persegi. Kawasan Macedonia

menjadi kuat pada zaman purba, apabila

pemimpinnya Iskandar Agung menakluki sebahagian

besar Asia dan menyebarkan budaya Yunani dan

Macedonia di seluruh empayarnya.

UMUM 
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 
DUMFRIES DAN GALLOWAY

Dumfries dan Galloway meliputi hampir

seluruh bahagian selatan Scotland. Ia ialah

kawasan pertanian, dengan tanah moor yang

indah, hutan, dan pemandangan pantai.

UMUM 
KILANG

Kilang ialah bangunan atau sekumpulan

bangunan tempat keluaran dibuat. Kilang berbeza-beza

saiznya, daripada tempat simpan kereta di

rumah hingga kepada bangunan yang meliputi

seluruh blok bandar raya.

UMUM 
SUNGAI MURRAY

Sungai Murray dan cawangan-cawangan

sungainya membentuk sistem sungai terbesar di

Australia. Kawasan tadahannya yang meliputi

1 056 720 kilometer persegi terletak di sudut

tenggara benua itu. Ia meliputi satu per tujuh

jumlah kawasan seluruh Australia. Panjang Sungai

Murray ialah 2589 kilometer. Cawangan Sungai

Murray yang utama ialah Sungai Darling yang

berukuran 2740 kilometer panjang, Sungai

Murrumbidgee yang berukuran 1575 kilometer

panjang; dan Sungai Goulburn yang berukuran 560

kilometer panjang. Sungai Murray-Darling

merupakan sistem sungai yang keempat

terpanjang di dunia. Aliran sungai yang melalui

Condamine, Darling, dan Murray hingga ke laut

berukuran sejauh 3782 kilometer.

UMUM 
AUSTRALIA SELATAN

Australia Selatan ialah negeri yang ketiga

terbesar di Australia. Negeri ini terletak di tengah

pantai selatan dan meliputi se perlapan daripada

seluruh kawasan Australia garis pantainya melebihi

3700 kilometer.

UMUM 
PANAMA

Panama ialah sebuah negara kecil di Amerika

Tengah. Negara ini penting kepada seluruh dunia

sebagai pusat pengangkutan. Negara ini meliputi

Segenting Panama, iaitu sejaluran sempit tanah yang

memisahkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik

berdekatan dengan bahagian tengah Hemisfera

Barat. Segenting itu direntas oleh Terusan Panama

bagi menghubungkan kedua-dua lautan tersebut.

Beribu-ribu buah kapal menggunakan terusan ini

setiap tahun untuk pergi dari sebuah lautan ke

lautan yang lain. Dengan berbuat begitu, kapal-kapal

ini dapat mengelakkan pelayaran yang jauh

mengelilingi hujung selatan benua Amerika Selatan.

Oleh yang demikian, Panama memainkan peranan

yang utama dalam sistem pengangkutan dunia.

Kadang-kadang negara ini juga dikenali sebagai

Persimpangan Jalan Dunia disebabkan peranannya

itu semenjak tahun 1914.

UMUM 
SAMURAI

Samurai ialah kelas sateria yang diwarisi dari

zaman Jepun feudal. Istilah ini asalnya digunakan

hanya kepada pengawal diraja. Selepas sistem

feudal muncul, istilah ini digunakan untuk seluruh

kelas tentera. Kelas ini meliputi sateria samurai,

bangsawan feudal yang dikenali sebagai daimyo

atau daimio dan shogun. Lebih kurang lima orang

daripada setiap 100 orang Jepun tergolong dalam

kumpulan ini.

UMUM 
NUMIDIA

Numidia ialah kawasan di utara Afrika pada

zaman purba. Ia meliputi sebahagian Algeria kini.

Numidia bersekutu dengan Carthage yang

berjiran dengannya apabila Perang Punic Kedua

antara Carthage dengan Rom yang bermula pada

tahun 218 S.M. Tetapi, Massinissa, ketua kaum

Numidia , berpihak kepada jeneral Rom, Publius

Cornelius Scipio. Sebagai balasan kerana

menjadi sekutu Scipio, Massinissa diberi

ganjaran wilayah dan menjadi raja bagi seluruh

Numidia kira-kira pada tahun 200 S.M. Pada

tahun berikutnya, orang Numidia membantu

Scipio mengalahkan orang Carthage, yang

diketuai oleh Hannibal, di Zama yang terletak di

utara Afrika.

UMUM 
MUSIM SEJUK NUKLEAR

Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan

dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang

mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang

seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim

sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan

yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi.

Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk

daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh

haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah

besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan

meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan

bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar

sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu

akan menurun dengan banyak, dan hujan akan

berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung

selama beberapa bulan atau tahun.

UMUM 
12

Kembali ke atas