PARUT | Parut ialah tanda kekal yang tinggal setelah kecederaan pada kulit atau di bahagian tubuh lain yang sembuh. Parut boleh terjadi akibat luka yang dalam, terkena api, kudis, atau pembedahan. | UMUM | |
SIROSIS | Sirosis ialah keadaan hati apabila tisu parut terbentuk di seluruh organnya. Kumpulan sel yang dikenali sebagai nodul tumbuh semula, yang dikelilingi oleh kepingan parut tisu, menggantikan tisu mampung yang normal pada hati. Hati yang berpenyakit mungkin tidak boleh melakukan fungsi penting seperti membuat protein dan membuang bahan berbahaya dari darah. Tisu yang terjejas boleh menyekat aliran darah, menyebabkan tekanan tinggi dalam pembuluh darah yang menuju ke hati. Oleh itu, perdarahan dalaman mungkin berlaku. Sekatan aliran darah juga boleh menyebabkan pengumpulan bendalir dalam abdomen. | UMUM | |
KELOID | Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran berlebihan tisu penghubung berserabut pada dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul selepas kulit cedera akibat laserasi atau pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan spontan. Keloid boleh dibuang melalui pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula beberapa minggu atau bulan kemudian. | UMUM | |
SOLOMON'S-SEAL | Solomon’s-seal ialah tumbuhan tahan lasak yang tumbuh di zon sederhana di Asia dan Amerika Utara. Beberapa tumbuhan yang berkaitan rapat juga diberi nama yang sama. Ia mendapat namanya daripada batang akarnya yang tebal, menjalar, yang mengeluarkan parut ketumbuhan yang menyerupai mohor raja Solomon yang mistik. | UMUM | |
PULUT | PULUT, sejenis beras yang lebih berkanji dan melekit yang juga dikenal sebagai beras ketan. Pulut dimasak secara ditanak atau dikukus. Pulut tanak kerap dimakan bersama-sama pengat durian atau di campur dengan bubur kacang seperti yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia. Pulut tanak juga boleh dimakan bersama-sama kelapa parut dan ikan kering goreng. | BUDAYA | Makanan |