Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.dam] | ڤندم

Definisi : ; memendam 1. = memendamkan menyembunyikan sesuatu dlm tanah dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dlm tempayan dan dipendamkan di hutan; 2. = memendamkan diri tidak menunjukkan diri kpd orang ramai, tidak keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri; 3. menyimpan sesuatu dlm hati dll: dia sudah terlalu lama ~ rasa, sudah lama menyimpan kasih; ~ cinta; terpendam 1. tertanam (tersimpan) dlm tanah dll; 2. tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dll): puisi Rustam Effendi adalah kekayaan yg lama ~, tidak banyak diketahui oleh masyarakat; 3. tersimpan dlm hati dll: tidak disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan apa yg tersimpan atau ~ dlm hatinya; pendaman sesuatu yg dipendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dam] | ڤندم

Definisi : ; memendam 1 menanam sesuatu dlm tanah: Dia ~ hartanya di bawah rumah. 2 tidak menunjukkan sesuatu kpd orang; menyembunyikan perasaan dll dlm hati. terpendam 1 tertanam atau tersimpan di dlm tanah. 2 tersimpan di dlm hati: Hal itu sudah lama ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendam
Kata Terbitan : memendam, terpendam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KILIMANJARO

Kilimanjaro ialah sebuah gunung berapi

pendam di Afrika Timur dengan dua puncak.

Ia terletak di utara Tanzania di sepanjang

sempadannya dengan Kenya.

UMUM 
MOTT, SIR NEVILL

Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British

yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat

pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang

fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah

berkenaan logam dan semikonduktor yang

digunakan untuk membuat transistor. Dia juga

membuat kajian mengenai mekanisme yang

menyebabkan imej pendam (imej yang tidak

berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem

fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat

pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia

mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962.

UMUM 

Kembali ke atas