Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek. Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara Bank, dan Kejohanan MAKSAK. |