REVOLUSI PERTANIAN | Revolusi Pertanian lihat Pertanian. | UMUM | |
PERTANIAN ORGANIK | Pertanian organik lihat Pertanian (Kaedah menanam khusus). | UMUM | |
ALAT JENTERA PERTANIAN | Alat jentera pertanian lihat Pertanian. | UMUM | |
PERTANIAN TEBANG DAN BAKAR | Pertanian tebang dan bakar lihat Indonesia (Pertanian) ; Orang Asli Amerika (Peladang); Pertanian (Pertukaran penanaman). | UMUM | |
PERTANIAN | Pertanian ialah industri yang paling penting di dunia. Industri ini menyediakan bahan makanan untuk kita. Industri pertanian juga membekalkan dua keperluan asas manusia – pakaian dan tempat tinggal. Selain itu, industri pertanian menyediakan bahan- bahan yang digunakan untuk menghasilkan banyak produk industri, seperti cat dan ubat-ubatan. Kira-kira separuh daripada tenaga kerja di dunia berkhidmat dalam bidang pertanian – jauh lebih ramai daripada industri lain. | UMUM | |
UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA | UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA, pusat pengajian pertanian yang tertinggi di Malaysia. Penubuhan universiti ini berasaskan percantuman antara Kolej Pertanian Serdang dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya. Kolej Pertanian Serdang pada awalnya adalah Sekolah Pertanian, Serdang, Selangor yang ditubuhkan pada 21 Mei 1931. Pembukaan rasmi sekolah tersebut telah dilakukan oleh John Scott, pegawai pentadbir bagi kerajaan Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi ‘Ex-Officio’ Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tujuan Sekolah Pertanian ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian. Sekolah ini terletak di kawasan seluas 8.9 hektar di Serdang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERTANIAN PINDAH | Pelbagai sistem bercucuk tanam di sesuatu kawasan dan akan ditinggalkan apabila kesuburan tanah pupus. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN | Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia. Matlamatnya termasuk meningkatkan paras pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160 negara menganggotai pertubuhan ini. | UMUM | |
TABUNG PEMBANGUNAN PERTANIAN ANTARABANGSA |
|