Teisme ialah kepercayaan kepada dewa atau dewi. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani, theos , bermakna dewa. Teisme memainkan peranan penting dalam kebanyakan agama, namun berlainan agama mengandungi pengajaran yang berbeza tentang tuhan. Penganut agama Yunani dan Rom purba bersifat politeisme iaitu, mereka menyembah lebih daripada satu tuhan. Kini, penganut kebanyakan agama utama bersifat monoteistik . Mereka menerima hanya satu tuhan. Perkataan teisme digunakan terutamanya untuk membicarakan agama yang mempercayai satu tuhan. Agama tersebut termasuk Islam, Kristian, Yahudi, dan beberapa bentuk Hinduisme. |