Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.je.nis] | سجنيس

Definisi : semacam; sebangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejenis

Peribahasa

Bagai ular dengan legundi (= lenggundi).

Bermaksud :

Sangat terpikat kepada kekasih. legundi = sejenis tumbuhan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NILAM

Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih.

Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang

terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari

sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di

dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna

seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren.

Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan.

Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima.

UMUM 
TANGO

Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang

pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak

perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang

tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan

perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah.

Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang

dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat.

Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal

sebagai tango dan sungguh dramatik.

UMUM 
TERRACOTTA

Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang

keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar

yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah

liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu

daripada warna kuning pucat dan warna coklat

hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah.

Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta

digunakan dengan meluas untuk membuat pasu

bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca

hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah

dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk

membuat model awal. Terracotta berkembang

pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom

purba menggunakan bahan ini untuk membuat

objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan

binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada

perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”.

UMUM 
RESERPINE

Reserpine ialah sejenis ubat yang digunakan

untuk merawat hipertensi (keadaan tekanan darah

tinggi) sederhana. Ubat ini diperbuat daripada

sejenis tumbuhan belukar dikenali sebagai

Rauwolfia serpentina , yang tumbuh di India dan

Asia Tenggara. Pati pokok ini telah pun digunakan

sejak beberapa abad lamanya di tempat tersebut

untuk merawat gangguan seperti hipertensi,

insomnia, sakit mental dan terkena patukan ular

berbisa.

UMUM 
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
SINDROM LESCH-NYHAN

Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit

keturunan yang jarang ditemui dan boleh

mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini

berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina

fosforibosil transferas, sejenis enzim yang

terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya

terdapat pada paras kandungan yang tinggi di

dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini

membantu mengawal pergerakan badan yang tidak

disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini

juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal

serta kecenderungan mencederakan diri sendiri.

UMUM 
OKTAGON

Oktagon ialah rajah satah bersisi lapan. Ia

merupakan sejenis poligon. Bahagian sisi

oktagon bertemu di titik yang dikenali

sebagai puncak membentuk lapan sudut dalam.

Jumlah sudut dalam sesuatu oktagon sentiasa

membentuk 1080 ° C. Sejenis oktagon yang dikenali

sebagai oktagon sekata mempunyai sisi dan sudut

yang sama. Luas oktagon sekata bersamaan separuh

hasil perimeter dan apothem , jarak dari tengah-tengah

poligon sekata hingga titik tengah salah satu sisinya.

UMUM 
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 
ARSENIK

Arsenik ialah sejenis unsur separa logam.

Arsenik mempunyai simbol kimia As. Bahan ini

merupakan racun yang membawa maut dan

pendedahan kepada dos rendah arsenik yang

berlarut-larutan menyebabkan kanser pada

manusia. Kebanyakan racun tikus, racun serangga

dan racun rumpai mengandungi arsenik. Arsenik

juga digunakan untuk membuat peluru plumbum

senapang dan beberapa jenis perkakas elektrik dan

untuk memperkuat beberapa aloi, iaitu campuran

sejenis logam dengan logam lain ataupun dengan

bukan logam.

UMUM 
SIMBAL

Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang

bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar.

Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau

puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang

kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah

gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini

pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton

yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul

dua simbal bersama-sama atau dengan cara

memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis

tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau

kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau

yarn.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas