Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sos] | سوس

Definisi : kep save our souls, iaitu isyarat kece­masan yg dihantar dr kapal, kapal terbang dsb yg sedang menghadapi bahaya melalui radio dsb utk meminta pertolongan segera: kapal itu sempat menghantar ~ kpd pusat kawalan pantai sebelum tenggelam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sos] | سوس

Definisi : bahan (cair atau pekat) utk menyedapkan makanan: ~ tomato. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sos] | سوس

Definisi : bahan spt kuah tetapi biasanya lebih pekat dan digunakan utk menyedapkan rasa masakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sos


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPER

Kaper ialah putik bunga yang digunakan dalam

sos daging atau ikan.

UMUM 
TARRAGON

Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan

daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran,

sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak.

Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah

tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus.

Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter

di kawasan yang panas dan kering.

Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam

famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia

dracunculus .

UMUM 
EKSTRAK DAGING

Ekstrak daging ialah pes berperisa daging

pekat. Tukang masak sering memperisa sup dan

sos dengan ekstrak daging. Pembuat makanan

menggunakan ekstrak lembu atau ekstrak ayam

untuk membuat kiub rebusan.

UMUM 
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM 

Kembali ke atas