Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : tidur (bkn raja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : 1. berlanggar, berlaga, berhan­tuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : tidur (digunakan utk raja-raja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : 1 bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb: Badang telah ~ kekuatan dgn seorang yg gagah bernama Benderang. 2 berlaga; bersabung: ayam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradu

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Sultan ditabal masuk beradu, Dipersembah dengan kain lepas; Jangan diturut hati rindu, Dalam genggaman lagi terlepas.Pantun Melayu SarawakKasih
Waktu siang bermain gasing, Siapa menang beradu pandai; Baru datang kain tersingsing, Disapa orang lalu terburai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sangkar emas buat isteri, Saat indah masa beradu; Mendengar puji tidak terperi, Sengat lebah terasa madu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Putri Santubong Putri Sejenjang, Dua-dua lena beradu; Dalam hati tidak kan bimbang, Janji diikat kata dipadu.Pantun Melayu SarawakKasih
Kain putih masih basuh, Letak jangan tempat beradu; Kelau berkasih resah gelisah, Tidak terasa manisnya madu.Pantun Melayu SarawakKasih
Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung putih hinggap di batu, Burung merpati selindung awan; Adik putih masuk beradu, Di dalam hati sangat rawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi mengail diwaktu pagi, Bawa juga belat dan bubu; Tidak mustahil di waktu ini, Tuan beradu di katil babu.Pantun Melayu SarawakKasih
12

Kembali ke atas