Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang sekali lepas; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang berhati ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang mahu berendam; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang ilmunya faham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang pancang dicacak; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang pantangnya banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang tahan berlapar; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang dengan penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang mahu berhujan; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang mahu berkorban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang berhujan panas; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang tahan melengas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang pagi dan petang; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang dengan hati lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang bersungguh hati; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang menempuh mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang perahu didayung; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang malu dijunjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang perahu dikayuh; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang malu bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |