Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbalik;

Puisi
 

Walau kencang bertiup angin,
     Kapal berlabuh akan terbalik;
Biarlah karam di tengah lautan,
     Namun tidak berpatah balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ditempuh nyamuk terbalik,
     ditindih lalat tak dapat bangkit.

Bermaksud :

Terlalu lemah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu pantang terbalik, Bila terbalik ia tenggelam; Adat Melayu pantang munafik, Bila munafik dunia kan karam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman kini dunia terbalik, Bertukar faham sudah biasa; Dengan laki bersangka baik, Keluar malam biarlah saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kain batik pakai terbalik, Pakai budak raja Padang; Sudah ludah jangan dibalik, Tidak manis dipandang orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Walau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tidak berkayu tangga ditakik, Tidak berotan akar dipakai; Umat berseteru dunia terbalik, Banyak kawan bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jikalau mentari sudah naik, Ke mana menoleh terasa indah; Jikalau bumi sudah terbalik, Barulah boleh kita berpisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tidak beremas bungkal diasah, Tidak berkayu tangga ditakik; Adat lepas akal menyalah, Umat berseteru dunia terbalik.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas