Orang ceti menyembah berhala, Di dalam kuil tiada yang lain; Kutu mati di atas kepala, Tuma mati di tepi kain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Lipat baju lipatnya kain, Bawa belayar tanah seberang; Hati tiada pada yang lain, Hati ingat tuan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan tanpa cahaya, Raja Mesir bertenun kain; Tuan kupandang tanpa cahaya, Kalau tiada cinta yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan puan ke Kota Batu, Air serbat tapis di kain; Jangan tuan kata begitu, Haram tiada pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |