Kalau tidak berjalan pagi, Tentu saja berjalan petang; Kalau tidak termakan budi, Malu hamba menantikan abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna buah pauh, Buah kana dalam baldi; Fasal saja lautan jauh, Kalau tidak berjalan kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tidak berjalan pagi, Manakan dapat mencari nafkah; Kalau tidak termakan budi, Sudah lama kita bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tidak berjalan pagi, Manakan dapat mencari nafkah; Kalau tidak termakan budi, Manakan hamba mahu menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mana berantai mana tidak, Berjalan dua berantai dua; Di mana kasih di mana tidak, Badan satu kekasih dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berkaki dua, Kalau tidak berjalan lagi; Apa guna kita bersua, Kalau tidak bersembahyang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Apabila kaki kena sembilu, Dibawa berjalan tidak menelap; Apabila hati tiada bermalu, Binasa iman rosaklah adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau berjalan tidak cermat, Lambat-laun kaki terpuruk; Kalau berkawan tidak ingat, Lambat-laun pasti beramuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana kaki tak kena lumpur, Bila berjalan tidak berkasut; Bagaimana hati tindakkan kotor, Bila perjanjian tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa gunanya orang berburu, Bila tidak membawa anjing; Apa gunanya abang mencumbu, Bila berjalan tidak seiring. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |