Kurik Kundi Merah Saga | Hujung Batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untung |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda bunyi terdesar, Anak monyet berkejar-kejar; Bukankah kucing guru yang besar, Harimau di hutan semua diajar? |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda beribu-ribu, Telur penyu banyak di laman; Minta embun turun selalu, Biar kembang bunga di taman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan diangkat benda yang berat, Terkikir pinggang sakit belikat; Patah pancang tinggal sekerat, Tinggal tunggul sangka pukat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tepak ini buatan Palembang, Mari dialas dengan kertas; Jangan adik berhati bimbang, Benda di tangan tidak terlepas. |