Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi kecik (kecil): pak ~ a) bapa saudara yg muda sekali; b) panggilan yg biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpd bapa kawannya atau orang yg sebaya dgn bapanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : singkatan bagi encik (biasanya digunakan sebelum nama perempuan yg belum berkah­win atau sewaktu bercakap dgn perempuan atau lelaki yg tidak begitu dikenali): C~ Aminah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn tahi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kep encik (panggilan kpd orang laki-laki atau perempuan yg sederhana kedudukannya atau tidak dikenali): ~ Ali; ~ Munah. 2 kep kecil: pak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cik

Puisi
 

Cik Esah menuju ke pekan,
     Tumbuh kulat di kaki kuda;
Cik Esah cik tuan pesan,
     Kirim surat kupinang muda.


Lihat selanjutnya...(183)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCik-cik hilir ke pekan, Daun nangka berjari-jari; Rupa cantik tak boleh makan, Budi bahasa hendak dicari.
Kurik Kundi Merah SagaCik Esah menuju ke pekan, Tumbuh kulat di kaki kuda; Cik Esah cik tuan pesan, Kirim surat kupinang muda.
Kurik Kundi Merah SagaCik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau cik tuan selasih dana, Cik Tom bertali tiga; Kalau cik tuan kasihkan kami, Jangan diragut dua tiga.
Kurik Kundi Merah SagaKalau cik tuan selasih dana, Cik Tom bertali tiga; Kalau cik tuan kasihkan kami, Jangan diragut dua tiga.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Siti anak Cik Hanafiah, Bangkit pagi menjahit kupiah; Laksana buah masak sebelah, Hendak kutelan serba salah.
Kurik Kundi Merah SagaCik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap.
Kurik Kundi Merah SagaKalau Cik Jah ke rumah Cik Maimun, Singgah ke kedai membeli bunga; Mati gajah tulangnya menimbun, Mati hamba nak tinggalkan nama.
12345678910...

Kembali ke atas