Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.la.gu.la] | ݢولا٢

Definisi : 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.la.gu.la] | ݢولا٢

Definisi : 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula-gula

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa; Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaDisimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh.
Kurik Kundi Merah SagaKata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu.
Kurik Kundi Merah SagaManis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya; Hujan ribut pohon bergoncang, Gempa di hati buruk padahnya.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang.
Kurik Kundi Merah SagaBeli pauh beli serbat, Makan bersama gula batu; Kalau jauh apa nak buat, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaMinum kopi taruh susu, Kurang manis taruh gula; Kalau ikut hawa nafsu, Kalau tak mati separuh gila.
123

Kembali ke atas