Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang menjolok manggis, Manggis jatuh pecah empat; Petang-petang tunduk menangis, Macam burung mencari tempat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Musim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa tinggi Bukit Semambu? Buah manggis bertimang dua; Kami bertiga umpama tebu, Habis manis hampas dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jadikan dengan air manggis, Buah delima di dalam puan; Mintalah nisan di jari manis, Mintalah mati bersama tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu. |