Kurik Kundi Merah Saga | Ulak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Olok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Bedah pergi ke pekan, Sampai ke pekan membeli rotan; Kalau sudah bertuah badan, Batu di tangan menjadi intan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pekan Bujuk Kuala Rumput, Pucuk gemirat pucuk kain; Saya bujuk abang tak ikut, Abang berharap tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan baharu, Tempat Cik Khalid menjadi raja; Bila terkenang masa dahulu, Tunduk menitik air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan tak sampai sehari, Singgah menyincang nangka muda; Biar saya tak makan sehari, Asal bertentang sesama muda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan membeli terung, Hendak dimasak kuahnya lemak; Puas sudah menggila burung, Bila masa nak jadi jinak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang. |