jerita tuai Ib | cerita rakyat. | Jerita tuai’ lebih merupakan cerita-cerita tradisi yang mengandungi mitos dan lagenda orang-orang Iban. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tijirak, *pijirak* Bd | sejenis burung seperti burug pipit tetapi ekornya panjang dan berwarna keperangan. | Burung Tijirak berbunyi dan mengepak-ngepakkan sayapnya dengan kuatnya. Rusa pun terkejut kerana diganggu oleh kelakuan Tijirak itu. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensera Ib | dongeng. | ‘Ensera’ pula adalah cerita-cerita yang berfungsi sebagai penghibur semata-mata dan tidak begitu dipercayai. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popong Bd | sejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna hitam. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu cuek (tikus) – dongeng. | Burung Popong juga mendengar berita kemalangan itu lalu cepat-cepat pergi ke tempat itu. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menaul Ib | helang. | Burung menaul berkata, "Wah, sangat beruntung aku. Sekarang aku mempunyai terompet. Eloklah aku terbang sambil menyanyi dengan seruling ini." Menaul pun menyanyikan lagu, "Kuit, kuit." Semakin tinggi ia terbang semakin kuat pula ia menyanyikan lagu, "kuit. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
endai Ib | kata seru yang menyatakan kekesalan. | Endai wai, aku ini mahu merumput dengan kau wai,? kata perempuan itu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tusut Ib | salasilah, susur galur. | Sementara ‘tusut’ pula berbentuk separuh puisi, menjelaskan tentang asal usul keturunan keluarga, binatang-binatang dan tanaman. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beruta Ib | bekas anyaman kecil yang diperbuat daripada rotan. | Meluda pun mengambil sebuah ‘beruta’ dan kain putih yang dibawanya dahulu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
terugku LB | burung bubut; Centropus spp. | Dayang Lebulan lalu pergi dan menangkap seekor terugku. Dia mengikatnya lalu memberikan pada Tuked Remini. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
akai-rai Ib | amboi! aduh! (seruan menandakan kehairanan, keluhan atau kesakitan). | “Akai-rai,” kata Tedung. “Lemah betullah aku ini. Hendak mencari umbut pun tak terdaya lagi.” | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |