Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kah.win] | کهوين

Definisi : 1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), ber­isteri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, ber­jimak; ~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id per­nikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas pak­saan atau desakan orang lain (tidak dgn se­penuh kerelaan pengantin lelaki atau perem­puan); mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (men­cantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; perkahwinan 1. perihal berkahwin, perni­kahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kah.win] | کهوين

Definisi : kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kah.win] | کهوين

Definisi : 1 perikatan yg sah antara orang lelaki dgn orang perempuan utk menjadi suami isteri; nikah. 2 = berkahwin mempunyai isteri atau suami; beristeri; bersuami: Anak saya yg bongsu belum ~ lagi kerana dia masih muda. 3 = berkahwin mendirikan rumah tangga; bernikah: Kemudian, gadis itu jatuh cinta pdnya lalu mereka pun ~. 4 bersetubuh; berjimak. 5 percantuman atau penyatuan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). ~ andar kahwin dgn seseorang dgn tidak mengeluarkan apa-apa belanja. ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. ~ gantung kahwin atau nikah yg sudah sah di sisi agama tetapi kedua-dua suami isteri belum tinggal bersama. mengahwini 1 berkahwin dgn; mengambil sbg isteri atau sbg suami: Dia sanggup ~ gadis itu. 2 bersetubuh dgn. mengahwinkan 1 memberi beristeri atau bersuami; menikahkan: Pd akhir tahun ini, dia hendak ~ anaknya yg bongsu. 2 mencantumkan atau menyatukan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkahwinan perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kahwin
Kata Terbitan : berkahwin,

Puisi
 

Orang menjala ikan belanak,
     Dapat seekor puntang-panting;
Kalau kahwin janda beranak,
     Habis kepala kena kencing.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja.

Bermaksud :

Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tokubon Kdkahwin paksa.Kahwin paksa atau "Tokubon" atau kadangkala adat ini dipanggil "Magakup" berlaku apabila si teruna berkenankan si dara. Si teruna akan sentiasa berusaha mencari peluang untuk memerangkap dan mengurung si dara.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magakup Kdkahwin paksa.Kahwin paksa atau "Tokubon" atau kadangkala adat ini dipanggil "Magakup" berlaku apabila si teruna berkenankan si dara. Si teruna akan sentiasa berusaha mencari peluang untuk memerangkap dan mengurung si dara.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
musandak Tbhantaran kahwin.Itu bilang, ini satunya bariyan (berian). Jadi manusia itu dia ambil itu kepala buat musandak (hantaran kahwin). Musandak itu manusia baru kau dapat kahwin.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tercangap MSrterlopong.Murad ni menantu saya! Budin mengulang lagi ujarnya. "Dia kahwin dengan anak saya, Tijah, kahwin tangkap," jelasnya lagi. Menekan-nekan suaranya. Tercangap mulut orang-orang di situ mendengar cerita Budin.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bertenek, *tenek* Skupacara bertindik.Gawai-gawai besar seperti kahwin, bersunat, bertenek dan macam-macam lagi. Tuk Ngoncong perlu ditempah awal-awal.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buru Tbhantaran perkahwinan.Nanak akhirnya mengeluh. Ada rasa kesal. Fasal buru, fasal kahwin, tanah terpaksa dijual. Bukankah bodoh namanya. Pada Nanak tanah sekarang bukan senang nak dapat.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
languai, *langguai* Kd Prbekas sirih dan tembakau tidak bertutup.Di kalangan suku kaum Kadazan Papar, mas kahwin ini terdiri daripada gong, canang, "manain", "languai", tajau, “kumanggi", tanah, kerbau dan babi.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumingok, *lumingo* Mrsejenis tarian yang ditarikan dalam upacara keramaian yang dianjurkan oleh suku kaum Murut seperti majlis bersukaria, majlis kahwin atau majlis kesyukuran dan tidak boleh ditarikan sewaktu suku kaum tersebut ditimpa malapetaka seperti kematian dan sebagainya.Seperti juga suku kaum lain, kaum Timugon mempunyai tarian tradisi yang unik dan menarik perhatian banyak orang. Tarian yang dimaksudkan ialah Tarian Lumingok.Pemujaan semangat dewa dewiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magandang Mr Tlmajlis keramaian.Upacara Magandang adalah merupakan upacara keriaan. Tujuannya adalah untuk bersukaria terutama sekali ketika adanya majlis-majlis keramaian nikah kahwin, selepas menuai dan lain-lain lagi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mansayau Mrsejenis tarian suku kaum Murut yang menggambarkan tentang sifat kepahlawanan kaum Murut serta digunakan untuk upacara mengubati orang sakit dan pada acara ini seorang bomoh akan digunakan dan biasanya diadakan dalam upacara Mensilad. Tarian ini juga sering dipersembahkan ketika hendak berpindah ke rumah baru atau ketika majlis keramaian seperti pesta menuai atau majlis kahwin.Dari pergerakan jelas memperlihatkan yang Tarian Mansayau ini memperlihatkan soal kegagahan suku kaum berkenaan di medan peperangan. Jadi, pada umumnya tarian ini ditarikan oleh pahlawan-pahlawan suku kaum Murut yang selalu menghadiri upacara mengayau atau merayau.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas