Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal ber­pergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran meng­halang ~ minyak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Semut terpijak tidak mati,
     alu tertarung patah tiga.

Bermaksud :

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
menjalankan kod. Contohnya, sistem pengendalian yang mengamalkan fungsi ini tidak akan membenarkan pengguna memadam fail yang diciptanya kecuali mendapat kebenaran untuk berbuat demikian. kawalan penghalaan (Ig. routing control; Br. kawalan perjalanan; Id. kendali/kontrol perutean) Penggunaan petua dan arahan dalam proses penghalaan data dalam rangkaian yang membolehkan data memilih hala tuju tertentu atau mengelak rangkaian awam yang diragui keselamatannya. keadaan penyelia capaian ke atas data dianggap tidak sah sekiranya pengguna cuba mencapai data apabila tidak memiliki had capaian yang sama atau melebihi data tersebut. transkripsi hala (Ig. route transcription; Br. transkripsi perjalanan; Id. transkripsi rute) Senarai yang dijanakan oleh perisian penjejakan hala seperti tracert yang menunjukkan alamat IP bagi setiap peranti penyambungan yang terlibat dalam penghantaran paket daripada sistem punca ke sistem

Kembali ke atas