Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi; bertahap ada tahapnya, berperingkat, ber­tingkat; bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm tempoh tiga tahun; menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap; penahapan perihal (proses, perbuatan, tinda­kan dsb) membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~ sastera dlm tulisan beliau. tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : , = tahapan had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); peringkat; tingkat. bertahap, bertahap-ta­hap ada tahapnya; berperingkat(-pe­­ring­kat): Pembinaan projek itu ~. menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap. penahapan proses atau per­buatan menahapkan. setahap 1 satu tahap: Mereka berusaha menguasai tek­nologi ~ demi ~. Berbekalkan pasukan berpengalaman, Belanda tampak ~ lebih baik berbanding pasukan lain. 2 sama tahap dgn: Mereka memang terkenal dan berjaya, tetapi jualan album mereka tidaklah ~ yg dicapai penyanyi popular itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahap (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkat, fasa;,
Kata Terbitan : bertahap-tahap,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
analysis; Br. analisis ancaman; Id. analisis ancaman) Kajian terhadap niat dan kebolehan sesuatu agen ancaman untuk mengancam suatu sistem komputer atau sistem maklumat yang ingin dilindungi. Kajian ini juga menilai tahap kemungkinan agen ancaman akan melanggar dasar keselamatan atau mengelak mekanisma keselamatan. Lihat juga agen ancaman. analisis kegoyahan (Ig. vulnerability analysis; Br. analisis ketakteguhan; Id. analisis kerawanan) Kajian sistematik terhadap suatu sistem maklumat untuk menentukan tahap kecukupan mekanisma keselamatan yang wujud pada sistem maklumat tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menjana data ujian untuk meramal keberkesanan tindakan yang akan diambil oleh mekanisma keselamatan yang digunakan. Kajian ini

Kembali ke atas