Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guruh

Puisi
 

Guruh dan petir penuba limbat,
     Pandan terjemur lindung bayang;
Dua tiga mencari ubat,
     Badan bertemu nan kok senang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harapkan guruh (= guntur) di langit,
     air tempayan ditumpahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
boleh menjadi ganas. Kedatangan angin selatan biasanya ditandai awan gulung berbentuk sabut yang panjang. Suhu kadangkala jatuh sebanyak 20ºC dalam masa setengah jam. Ribut ini juga kadangkala disertai kilat dan guruh. Sinonim southernly buster. (METEO) butane (butana) Sebatian organik dalam siri alkana, formula CH 3 CH 2 CH 2 CH 3 , isomer 2-metil- propana, takat beku –138.3ºC, takat didih mengubah atau melembut- kan tisu perumah tetapi tidak sampai membunuh perumah berkenaan. Walau bagaimanapun, tisu yang diserang tersebut akhirnya akan mati oleh serangan agen lain. Sinonim thryptogen. (BIO) thundercloud (awan guruh) Nama popular untuk kumulonimbus, iaitu awan yang berkaitan dengan ribut petir. (METEO) thunderstorm cell (sel ribut petir) Sel olakan awan kumulonimbus. (HID) thunderstorm day (hari ribut petir) Hari cerapan yang

Kembali ke atas