Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.rot] | سوروت

Definisi : cahaya, seri, sinar: sebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena ~ matahari; gambar ~ Id a) gambar hidup; b) projektor (gambar sisip dll); menyorot 1. memancar (cahaya, sinar), ber­cahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ ke­luar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti meman­dang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada baha­giannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu; sorotan 1. pancaran cahaya, sinaran: ~ lampu kereta menyilaukan mata mereka; 2. ki huraian (sesuatu perkara), pembicaraan: ia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu; penyorotan perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya; penyorot; lampu ~ a) lampu picit; b) lampu cari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.rot] | سوروت

Definisi : cahaya yg dikeluarkan oleh se­suatu; sinar. menyorot keluar me­mancar (bkn sinar); bersinar: Cahayanya ~ keluar. menyoroti memancarkan cahaya kpd; menerangi; menyuluh: Sebuah lampu minyak ~ biliknya yg sempit itu. sorotan 1 pancaran atau sinaran cahaya dsb: ~ beberapa buah lampu menjadikan kawasan rumahnya terang benderang. 2 ki huraian atau pem­bicaraan ttg sesuatu perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorot
Kata Terbitan : menyorot, menyoroti, sorotan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
menegak) Jarak yang dapat dilihat secara menegak oleh pemerhati dalam keadaan ke- hadiran fenomena pengaburan. Anggaran ketampakan menegak diperoleh berdasarkan penaikan belon siling atau belon duga, atau dengan penembusan cahaya sorot siling atau dengan silometer. (METEO) Vertifolia effect (kesan Vertifolia) Fenomena hilangnya kesan gen yang menyebabkan ketahanan datar pada pe - rumah semasa pembiakbakaan untuk memperoleh varieti yang mempunyai ketahanan tegak. (BIO

Kembali ke atas