Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kuitgerak-gerak jari (utk memberi isyarat, memanggil dll); ~ kapai a) mencakar­-cakar (sampah dll); b) membuat pekerjaan yg kecil-kecil (yg tidak penting); menguit 1. menyentuh dan menggerakkan sesuatu dgn jari dll, mencuit: anak rambutnya dikuitnya sedikit; 2. bergerak (bkn sesuatu benda, ekor binatang, dll): ekornya ~ apabila disentuh; 3. Kd bergerak utk melakukan sesuatu kerja; menguit-nguit menguit beberapa kali, ber­gerak-gerak (bkn ekor dll); menguitkan menggerak-gerakkan jari (tangan dll): dia memanggil aku dgn ~ tangannya; kuitan hasil perbuatan menguit.Kamus Dewan Edisi Keempat
operId, bp; kerja ~ kerja luar masa, kerja lembur; mengambil ~ menggantikan pe­kerja­an (tanggungan, tugas, dll) orang lain, meng­ambil alih; mengoper 1. mengambil oper: lebih dahulu, pelajarilah gerak perempuan di Eropah dalam-dalam, sebelum kita ~ sahaja cita-cita­nya; 2. memindahkan, mengalihkan; 3. = mengoperkan memberikan kpd, menye­rahkan: ~ bola;Kamus Dewan Edisi Keempat
latihtelah biasa (kerana belajar atau diajar); cekap: Walaupun sudah berbulan-bulan dia belajar bermain piano, tetapi masih belum ~. ~ tubi kerja-kerja amali yg dilakukan berulang-ulang utk memperoleh kemahiran atau kecekapan. berlatih membiasakan atau memahirkan diri dlm sesuatu bidang: Ia sentiasa ~ bernyanyi di rumahnya. melatih 1 mendidik atau mengajar supaya pandai: Ia sedang ~ anak-anaknya bermain piano. 2 memahirkan; membiasakan: Ia ~ kakinya yg lumpuh itu melangkah. terlatih telah dilatih; terdidik: Sekolah tsb sangat kekurangan guru-guru yg ~. latihan pelajaran utk memahirkan atau utk memperoleh sesuatu kepandaian: Dia telah mendapat ~ tentera di Maktab Tentera Diraja. ~ jasmani latihan gerak badan utk menyihatkan badan; senaman. pelatih 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
latihtelah biasa (kerana belajar atau diajar); cekap: Walaupun sudah berbulan-bulan dia belajar bermain piano, tetapi masih belum ~. ~ tubi kerja-kerja amali yg dilakukan berulang-ulang utk memperoleh kemahiran atau kecekapan. berlatih membiasakan atau memahirkan diri dlm sesuatu bidang: Ia sentiasa ~ bernyanyi di rumahnya. melatih 1. mendidik atau mengajar supaya pandai:Ia sedang ~ anak-anaknya bermain piano. 2. memahirkan; membiasakan: Ia ~ kakinya yg lumpuh itu melangkah. terlatih telah dilatih; terdidik: Sekolah tsb sangat kekurangan guru-guru yg ~. latihan pelajaran utk memahirkan atau utk memperoleh sesuatu kepandaian: Dia telah mendapat ~ tentera di Maktab Tentera Diraja. ~ jasmani latihan gerak badan utk menyihatkan badan; senaman. pelatih 1. orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2. orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan:jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih.Kamus Pelajar
retak1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (per­selisihan dll) yg boleh menimbulkan per­pecahan (per­ceraian dll), sudah tidak se­muafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retak­nya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal me­nantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebab­kan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pe­lendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tenaga1 kekuatan utk me­mungkinkan seseorang melakukan sesuatu; daya: Dia tidak mempunyai ~ hendak membuat kerja itu. 2 = ~ kerja orang yg mengerjakan sesuatu; pekerja; kakitangan: Wanita ialah ~ manusia yg belum dihargai sepenuh­nya. 3 kuasa yg dikeluarkan atau yg terdapat drpd sesuatu. ~ atom tenaga yg dikeluarkan oleh atom. ~ elektrik tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. ~ gerak (kinetik) tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (spt pd air yg mengalir). ~ haba tenaga dlm bentuk haba (utk memanaskan sesuatu). ~ ikatan ist tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul. ~ kimia tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. ~ kuda ukuran utk menyukat kekuatan enjin dll. ~ nuklear tenaga yg terhasil drpd tidak balas nukleus; tenaga atom. ~ pengajar orang yg ahli atau yg berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, kemahiran dsb. ~ pengionan ist tenaga minimum yg diperlukan utk menyingkirkan satu elektron drpd satu atom atau ion gas. ~ sawat (mekanik) tenaga yg terdapat pd mesin. ~ suria tenaga yg diperoleh drpd cahaya matahari. ~ wap (stim) tenaga yg diperoleh drpd wap. bertenaga mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kontrolbp 1. pengawasan, penjagaan serta pengendalian (supaya teratur perjalanan sesuatu kegiatan, kerja, dll), kawalan; 2. pergi ke merata-rata tempat, mengeluyur; mengontrol mengawasi, menjaga serta me­ngendalikan (kerja dll), mengawal: kebebasannya tersekat, gerak-gerinya dikontrol.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji gerak habapengkajian mengenai perhubung­an antara haba dgn pergerakan atau kerja pesawat-pesawat, termodinamik.Kamus Dewan Edisi Keempat
haba daya gerak; kaji ~ ilmu yg mengkaji hubungan antara haba dan kerja sawat, termodinamik.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji haba daya gerakilmu yg mengkaji hubungan antara haba dan kerja sawat, termodinamik.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas