Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ilmu dlm hal kira-mengira. 2 kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hitungperihal membuat kira-kira (mem­baha­gi, mencampur, mendarab, dll); ilmu ~ ilmu hisab; ~ panjang pukul rata, rata-rata; berhitung 1. membuat kira-kira (spt men­campur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai mem­beli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn meme­rik­sa untung rugi (perniagaan dll); menghitung 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), mem­bilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya di­hitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; menghitungi mengira berkali-kali, menghi­tung banyak benda; menghitungkan menghitung utk: dia tidak mahu ~ aku telur itu; memperhitungkan 1. mengira-ngira be­rapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal peng­undi menjelang pilihan raya; 2. menyele­saikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, mem­beri perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: pe­tualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. me­rundingkan sesuatu dgn teliti, memper­timbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; terhitung 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan, termasuk dlm per­kiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kaya-raya; hitungan 1. hasil drpd menghitung (me­ngira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id me­ngira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pe­kerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pen­dapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkah­winan dilangsungkan; perhitungan perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbang­an, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah men­jalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; penghitungan perbuatan menghitung; penghitung 1. alat utk menghitung; 2. orang yg menghitung.Kamus Dewan Edisi Keempat
pastitidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kira-kira1 lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2 = ilmu ~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kira-kira1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka;Kamus Dewan Edisi Keempat
matematikilmu hisab.Kamus Dewan Edisi Keempat
ilmu hisabilmu dlm hal kira-mengira. 2 kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kira-kira darabilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
algebrasatu cabang ilmu hisab yg nombor-nombornya diganti dgn lambang atau huruf.Kamus Pelajar
algebra/algébra/ satu cabang ilmu hisab yg nombor-nombornya diganti dgn lambang atau huruf.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kira-kira tolakkira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas