Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.tia.ra] | موتيارا

Definisi : 1. sj permata yg diperoleh dr sj tiram; indung ~ tiram yg mengandungi mutiara; 2. ki sesuatu yg sangat berharga: ~ ketuhanan yg dianugerahi Allah kpd manusia, iaitu akal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.tia.ra] | موتيارا

Definisi : permata yg diperoleh dr sj tiram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutiara

Puisi
 

Raja Arif Shah masuk ke taman,
     Taman larangan Betara Indera;
Arif bertemu dengan budiman,
     Terlebih indah laut mutiara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mutiara terkalung ke leher babi.

Bermaksud :

Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
indungibu, induk (terutamanya pd benda-benda dan binatang); ~ madu sarang lebah yg berisi madu; ~ mutiara siput mutiara.Kamus Dewan Edisi Keempat
indung mutiarasiput mutiara.Kamus Dewan Edisi Keempat
mutiarapermata yg diperoleh dr sj tiram.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mutiarapermata yg diperoleh dr sj tiram.Kamus Pelajar
mutiara1. sj permata yg diperoleh dr sj tiram; indung ~ tiram yg mengandungi mutiara; 2. ki sesuatu yg sangat berharga: ~ ketuhanan yg dianugerahi Allah kpd manusia, iaitu akal.Kamus Dewan Edisi Keempat
untai1. benang atau tali yg digunakan utk mencucuk buah tasbih (manik dll); 2. pen-jodoh bilangan utk rangkaian benda yg dicucuk (spt rantai manik, kalung mutiara, dsb), utas: dua ~ kalung mutiara; 3. = untaian karang-an, rangkaian; 4. serangkap (pantun, sajak, dll), serangkai: sajak empat se~ ini barangkali memang agak umum sedikit; beruntai, beruntaian, menguntai tampak menjuntai, berjuntai-juntai; beruntai-untai banyak untainya, beberapa untai (kalung dll), berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~; teruntai tergantung beruntai-untai; untaian 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi?Kamus Dewan Edisi Keempat
selam I; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan); berselam Pr menguji siapa yg akan me­musingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, me­meriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), ber-usaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain; menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan, mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air yg keruh itu; terselam dapat atau sudah menyelam, ter­benam; terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga; selaman hasil atau usaha menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelaman perbuatan menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg dise­lamkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ibu mutiarabahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam mutiara, Numida meleagris;Kamus Dewan Edisi Keempat
mutiamutiara.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas