Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandingan kuantiti


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kadar I1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemam­puannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubung­annya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan; perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas