Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak guna

Puisi
 

Anak Cina masak itik,
     Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik,
     Hari-hari sahaja bergaduh.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Tak tahu membalas guna.

Bermaksud :

Melupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengajaibkan1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan;Kamus Dewan Edisi Keempat
membusukkan1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengungkit1. mengangkat (menaikkan) dgn hujung tuas dll, mengumpil, mengungkil: ~ pintu; 2. = mengungkit-ungkit menimbul-nimbulkan (perkara yg telah lalu), membang-kitkan-bangkitkan, mengungkat-ungkat: jangan ~ perkara lama; sudah suratan takdir, sudah nasib diri, tak guna diungkit lagi; tidak dapat diungkit dgn besi hangat prb a) perihal dua orang yg amat berkasih-kasihan yg tidak dapat dicerai-ceraikan; b) perihal orang yg tidak mahu berpisah dr temannya kerana seronok bercakap-cakap;Kamus Dewan Edisi Keempat
ungkit; ungkang-~ = ungkit-ungkit bergerak-gerak turun naik, jungkat-jungkit; mengungkit 1. mengangkat (menaikkan) dgn hujung tuas dll, mengumpil, mengungkil: ~ pintu; 2. = mengungkit-ungkit menimbul-nimbulkan (perkara yg telah lalu), membang-kitkan-bangkitkan, mengungkat-ungkat: jangan ~ perkara lama; sudah suratan takdir, sudah nasib diri, tak guna diungkit lagi; tidak dapat diungkit dgn besi hangat prb a) perihal dua orang yg amat berkasih-kasihan yg tidak dapat dicerai-ceraikan; b) perihal orang yg tidak mahu berpisah dr temannya kerana seronok bercakap-cakap; ungkit-mengungkit saling mengungkit (menimbul-menimbulkan perkara yg telah lalu): demi keharmonian dan perpaduan keluarga, janganlah kita ~ lagi perkara yg telah berlalu itu; pengungkit alat yg digunakan utk meng-ungkit, pengumpil, tuas; pengungkit-ungkitan perbuatan mengungkit-ungkit: sering berlaku perdebatan dan ~ mengenai bangsa yg ingin dibangunkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ajaib1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium; mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan; keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, ke­ganjil­an, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya me­nyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat.Kamus Dewan Edisi Keempat
busuk1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna tenaga tak penuh(Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
merugimenanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
hantar I; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyak­nya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan me­ng­­­­guna­kan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ ba­hasa ibundanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas