Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
emballembap, belum kering betul; embalan air dll yg menyebabkan udara (tanah dll) lembap: tanah ini datangnya dr gunung berapi dan boleh menyimpan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
embalanair dll yg menyebabkan udara (tanah dll) lembap: tanah ini datangnya dr gunung berapi dan boleh menyimpan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
melembapkanmenjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembap­kan terlebih dahulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tari= tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik; ~ gambus sj tari yg diiringi oleh gambus dan rebana; ~ inai = ~ piring tari dgn meng­gu­nakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis); ~ keris (sewar, sikin) tari dgn memainkan keris (sewar, sikin); ~ kipas tari dgn memainkan kipas; ~ payung sj tari dgn menggunakan pa­yung; ~ sapu tangan tari dgn melambai-lam­baikan sapu tangan; ~ selendang tari dgn me­makai selendang; ~ serimpi sj tari yg di­pertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); menari, bertari ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; ~ di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn tidak mengingat kerugian orang itu; ~ yg tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikata-kan tanah lembap prb sebab tidak tahu mem-buat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yg salah atau tidak cukup; menari-nari melompat-lompat (kegirangan dll), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (spt gerakan menariKamus Dewan Edisi Keempat
lembap1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satu­nya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian; melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~; melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembap­kan terlebih dahulu; lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap; kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadi­kan lembap: pertama pembersihan, penyegar­an dan ~ muka; pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
cacing tanahcacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap);Kamus Dewan Edisi Keempat
lembap1 masih basah (bkn kain yg dibasuh dll); tidak kering benar: Kain di jemuran masih ~ kerana hari tidak panas. Masa yg paling baik utk bertanam ialah semasa tanah dlm keadaan gembur dan ~. 2 tidak cekap atau tidak cergas (dlm menjalankan tugas; melaksanakan pekerjaan dll): Pegawai yg ~ sentiasa mengada-adakan alasan utk menutup kelemahannya. 3 tidak rancak (bkn muzik, nyanyian dsb). ~ cair ist bersifat menjadi lembap dan cair apabila didedahkan ke udara. melembapkan menjadikan lembap atau menyebabkan jadi lembap. lembapan (banyak sedikitnya) wap air yg terkandung dlm udara. kelembapan keadaan lembap. pelembapan perihal atau perbuatan melembapkan: Kaedah menjaga kecantikan termasuklah pembersihan, penyegaran dan ~ kulit. pelembap bahan atau sesuatu yg melembapkan: Losen dpt berfungsi sbg ~ kulit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cacingbeberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penya­kit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-­kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut.Kamus Dewan Edisi Keempat
kering I1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan1 air (hasil drpd pemeluwapan wap air di atmosfera) yg jatuh ke bumi: Pagi ini ~ turun dgn lebatnya. 2 = hari ~ air sedang turun (menitik) dr udara: Apabila ~, banyaklah orang yg lambat sampai di pejabat. ~ asid air hujan yg dicemari asid yg boleh mendatangkan akibat buruk, terutamanya pd tumbuh-tumbuhan atau boleh mencemari air tasik, kolam dsb (asid yg terbentuk berpunca drpd percampuran asap yg dibebaskan ke udara dr kilang atau asap kereta dsb dgn lembapan udara). ~ batu (beku) air hujan yg telah menjadi beku yg turun dr udara. ~ gerimis (renyai, rintik-rintik) hujan yg menitik halus-halus. ~ lalu (lari, halau mentua) hujan yg turun sebentar saja. ~ lebat hujan yg besar dan banyak air yg turun. ~ panas hujan yg turun ketika matahari bersinar. ~ perolakan ist hujan yg disebabkan oleh penghabaan tanah daratan dan perolakan udara panas ke atas. ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut. ~ salji salji yg turun (dgn banyak). ~ siklon ist hujan yg terjadi akibat pertemuan udara panas dan lembap dgn udara sejuk (udara panas lebih ringan dan naik ke atas udara sejuk). berhujan berjalan dll dlm hujan; membiarkan diri dll basah oleh hujan: Mereka berpanas dan ~ sepanjang hari. menghujani 1 melepaskan panah, peluru dll banyak-banyak pd: Mereka ~ musuh dgn peluru. 2 datang atau menimpa dgn banyaknya (bkn bom, peluru dsb): Dlm masa pengunduran itu, tentera Vietnam telah dihujani bom. 3 datang (dikemukakan dll) dgn banyaknya pd: dihujani surat (soalan, pertanyaan dll). menghujankan menggugurkan atau melepaskan (bom, peluru dsb) banyak-banyak; mengemukakan (pertanyaan, cacian dsb) banyak-ba­nyak. memperhujankan membiarkan basah oleh hujan; mendedahkan atau membasahkan dlm hujan: Dia menjemur dan ~ papan-papan itu berminggu-minggu sebelum mengetamnya. kehujanan kena hujan; tertimpa oleh hujan: Dia ~ di jalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas