Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbalik;

Puisi
 

Walau kencang bertiup angin,
     Kapal berlabuh akan terbalik;
Biarlah karam di tengah lautan,
     Namun tidak berpatah balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ditempuh nyamuk terbalik,
     ditindih lalat tak dapat bangkit.

Bermaksud :

Terlalu lemah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bokong1. = balik ~ terbalik (yg di muka ke belakang dll), salah mengerjakan (terbalik drpd aturan yg sebenarnya); baju ~ baju yg butangnya di belakang; kerja balik ~ kerja yg dimulakan pd bahagian yg terbalik; 2. punggung; 3. Jk belakang; membokong Jk 1. membaca terbalik (dr belakang ke muka); 2. melakukan sesuatu secara sulit, menyerang dr belakang;pembokongan penyerangan dr belakang (dgn diam-diam).Kamus Dewan Edisi Keempat
songsang I1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemu­diankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, keper­cayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalik­an; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) me­nyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik.Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalikmenjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terbalik kalangbertentangan pendapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalik niatbertukar niat;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalik mataId bp terlampau lama melihat;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalik imanbertukar iman;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalik akalgila;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalikmenjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalikmenjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas