pelbak | (pélbak) IB, bp tempat (tong) sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tong sampah | bekas tempat sampah dibuang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tong sampah | tempat membuang sampah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ke sana | menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemik | 1. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kepik, penyuk: bertaburan tong sampah yg ~ dan berkarat; 2. penyek, penyet (hidung); hidung ~ hidung penyek; terkemik menjadi kemik (kerana jatuh, terpukul sesuatu dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melaung-laungkan | menganjurkan (mengucapkan dsb) sehingga atau dgn cara diketahui umum, menyerukan: beliaulah yg selalu ~ penggunaan tong sampah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdentang | berbunyi spt bunyi besi dipukul dll: sungguh geram hati Baki, ~ botol ubat itu dilemparkannya ke dalam tong sampah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melenting-lenting | bergerak (melompat, meloncat dsb) dgn cepat berulang kali: ulat-ulat itu masih hidup dan ~ di dlm tong sampah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dentang | ; berdentang berbunyi spt bunyi besi dipukul dll: sungguh geram hati Baki, ~ botol ubat itu dilemparkannya ke dalam tong sampah;berdentang-dentang berbunyi dentang berkali-kali; dentangan bunyi spt bunyi besi dipukul (letupan yg kuat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arca(icon) | Gambar kecil yang digunakan sebagai lambang objek pada paparan. Arca digunakan untuk memudahkan pengguna menggunakan sistem dengan memilih arca tanpa menaip perintah. Misalnya, arca tong sampah melambangkan tempat membuang fail. | Kamus Komputer |