Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilihat

Puisi
 

Asam kandis mari dihiris,
     Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
     Lebih manis hati budinya.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dilihat si pulut, ditanak berderai.Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diimbau berbunyi, dilihat bersua.Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan.Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan jauh banyak dilihat.Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi.Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara.Jawab yang benar dan tepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali.Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas