Perut kosong penggilap otak. | Lapar menyebabkan orang berfikir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi dalam cupak. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab budi boleh kedapatan. | Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kendur mengusut, tegang memutus. | Pentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan. | Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bulan dimakan rahu. | Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya. | Bencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kena sentung pelali. | Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |