Hitam bagai buntut (= pantat) belanga. | Perihal keburukan sifat seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak. | Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut bau madu, pantat bawa sengat. | Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga. | Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal. | Sindiran (jawapan) yang tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat. | Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut manis, hati berkait. | Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |