Tidak kekal bunga dikarang. | Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minyak habis sambal tak enak. | Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga. | Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. | Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Surat atas batu, tidak akan pupus-pupus. | Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |