Lalu hangus, surut layu. | Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar. | Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang. | Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak manusia nan tidak gawal. | Salah dan sikap adalah sifat manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang. | Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan salah serudinya. | Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti permata salah serudi. | Orang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tiada tahu sopan santun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bumi mana yang tidak kena hujan? | Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah. | Meskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |