Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sudan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Sudan IIISudan IIIVeterinarTiadaTiada
Sudan grassrumput SudanVeterinarTiadaTiada
haboobhabMeteorologiMeteorologi PerhubunganRibut pasir yang sering berlaku di Sudan pada waktu tengah hari dan petang dari bulan Mei hingga September. Namanya berasal daripada kata Arab habb yang bermaksud angin. Halaju maksimumnya lebih daripada 50 km sejam dan pernah tercatat sehingga 100 km sejam.
haboobhabubGeografiTiadaAngin tempatan kencang yang menghasilkan debu tebal di negara Sudan.
zerakfabrik zerakKesenianTiadaFabrik kapas shirting biru tua untuk membuat pakaian tempatan di Sudan.
condominiumkondominiumSains PolitikHubungan AntarabangsaWilayah daratan atau perairan yang terletak di bawah kedaulatan dua atau lebih negara. Hak kedaulatan dijalankan secara bersama oleh negara tersebut. Contohnya, sebelum merdeka pada abad ke-19 Sudan telah diletakkan di bawah kedaulatan negara Mesir dan Britain mulai tahun 1898. Kemudiannya pada tahun 1945, hak kedaulatan dipindahkan kepada Britain dan Amerika Syarikat.
referralrujukanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan mengemukakan sesuatu situasi untuk tindakan lanjut. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, sesebuah negara pihak kepada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau Majlis Keselamatan PBB boleh merujuk suatu situasi jenayah antarabangsa kepada pendakwa. Dengan rujukan tersebut, pendakwa boleh memulakan siasatan. Contohnya, pada 2005, Majlis Keselamatan telah merujuk situasi di Darfur, Sudan kepada pendakwa. Ia berasaskan kepada laporan Suruhanjaya Inkuiri Antarabangsa tentang Darfur yang mempunyai sebab untuk percaya bahawa jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang telah dilakukan. Hasil siasatan pendakwa, Kamar Prabicara mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Sudan, Omar al-Bashir.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
homogeneitykehomogenanSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang bersifat sepunya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti nilai, adat, bahasa, agama, jenis pekerjaan, pendidikan dan kelas. Dalam masyarakat ini, hierarki wujud dari segi fungsi seperti perbezaan umur, kekeluargaan dan kekerabatan. Masyarakat homogen ini tidak mempunyai kemajmukan dalam amalan kebudayaan. Mereka mempunyai satu identiti serta latar belakang dan cara hidup yang sama antara satu dengan yang lain. Masyarakat ini sudah semakin sukar diperoleh kesan daripada modenisasi yang semakin tinggi. Sifat homogen ini lebih banyak terdapat dalam masyarakat lampau atau terpencil khususnya pada zaman tradisional seperti masyarakat Nuer di Sudan atau masyarakat Trobriand di Papua New Guinea pada awal abad ke-20.
mountantbahan pelekapHerbaTiadaReagen kimia yang membantu pemerhatian struktur tisu dan sel dalam bentuk yang utuh di bawah mikroskop. Bahan pelekap dititiskan pada bahan herba serbuk atau yang dihiris sebelum dianalisis secara mikroskopi. Terdapat tiga jenis bahan pelekap, iaitu bahan pelekap umum, bahan pelekap penjernih dan bahan pelekap pewarna. Bahan pelekap umum seperti alkohol, gliserol dan kresol digunakan untuk melihat kesemua jenis struktur tisu dan sel. Bahan pelekap penjernih seperti kloral hidrat digunakan untuk melarutkan sebahagian kandungan sel (contohnya, klorofil) atau dinding sel (contohnya, kanji) supaya struktur tisu dan sel yang lain (contohnya, sel parenkima, trikom dan kristal oksalat) menjadi lebih lut sinar. Bahan pelekap pewarna seperti floroglusinol, iodin dan Sudan III digunakan untuk mewarnakan sebahagian kandungan sel (contohnya, kanji dan minyak) atau dinding sel (contohnya, vesel dan serat).
12

Kembali ke atas