overload principle | prinsip lebih beban | Sains Sukan | Biomekanik | Prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu latihan perlu dilakukan dengan beban yang melebihi keupayaan biasa atlet. Penambahan beban latihan perlu dilakukan secara beransuransur supaya tubuh atlet dapat bertindak balas dan membuat penyesuaian terhadap rangsangan baharu yang diberikan. Penyesuaian terhadap beban latihan yang baharu akan meningkatkan tahap kecergasan atlet. |
tax burden | beban cukai | Ekonomi | Tiada | Jumlah tanggungan cukai yang terakhir yang perlu dibayar oleh penanggung sebenar. Beban cukai tidak semestinya ditanggung oleh pembayar cukai yang asal, tetapi boleh dipindahkan kepada orang lain. Misalnya, beban cukai pendapatan yang ditanggung sepenuhnya oleh pembayar berbeza dengan cukai eksais yang pada mulanya dibayar oleh pengeluar, tetapi dapat dipindahkan sebahagiannya atau sepenuhnya kepada pengguna. |
bonus loading | beban bonus | insurans | Tiada | Beban yang dimasukkan ke dalam pengiraan premium untuk memperuntukkan bonus yang akan diberikan kepada insured. |
excess burden | beban berlebihan | Ekonomi | Tiada | Tambahan beban cukai yang ditanggung oleh unit-unit ekonomi akibat daripada pelaksanaan cukai yang tidak optimum atau tidak cekap. Cukai yang tidak cekap ini ialah cukai yang mengherotkan harga relatif. Ini bererti cukai tersebut menimbulkan kesan penggantian dan kesan pendapatan, manakala cukai optimum hanya menimbulkan kesan pendapatan sahaja kerana cukai optimum tidak mengherotkan harga relatif. |
no-load test | ujian tanpa beban | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ujian yang dilakukan pada motor pengengkol tanpa menggunakan beban. |
light-load test | ujian beban ringan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ujian terhadap bateri dengan mengukur voltan di antara terminal bateri semasa bateri itu dikenakan beban ringan. |
tax equity | ekuiti cukai | Ekonomi | Tiada | Agihan yang adil terhadap beban cukai. Ekuiti cukai boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu ekuiti cukai menegak dan ekuiti cukai mendatar. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan bebas cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan beban cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai mendatar pula, agihan beban cukai adalah sama bagi golongan yang berkemampuan yang sama walaupun punca pendapatan mereka berlainan. |
column | tiang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Komponen binaan utama yang berbentuk memanjang secara menegak berfungsi untuk membawa beban atau penyokong unsur di atasnya. Tiang diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebarang bahan yang mampu membawa beban. Tiang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepala, batang dan tapak. Dalam seni bina klasik dan purba Greek, terdapat beberapa bentuk atau susunan tiang yang dibentuk berasaskan pengiraan perkadaran yang tertentu, iaitu Dorik, Ionik dan Corinthia. Selain susunan tersebut, terdapat dua jenis susunan lain, iaitu Tuscan dan Komposit yang diperkenalkan di Rom. Tiang Mesir sering dihiasi dengan motif bunga, daun dan figura yang melambangkan aspek ketuhanan, manakala tiang kelompok terdiri daripada tiga atau empat batang tiang yang disusun rapat. Tiang berpintal banyak digunakan pada zaman Romanesque bagi mewujudkan suasana indah dan mewah. |
loading | beban | insurans | Tiada | lih. bebanan premium. |
electrical load | beban elektrik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat, peranti atau komponen yang menggunakan elektrik. |