Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ki] | داکي

Definisi : I kotoran yg melekat pd badan (pakaian dll); nyamuk ditepuk menjadi ~ prb tidak berfaedah melawan orang lemah, kerugian yg bertimpa datangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ki] | داکي

Definisi : ; mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~;mendakikan memanjatkan, menaikkan, me­­maju­kan;terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;pendakian 1. perihal atau perbuatan men­daki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ki] | داکي

Definisi : kotoran yg melekat pd tubuh manusia, pakaian dll: Badannya penuh dgn ~ kerana dia tidak mandi. ~ dunia segala harta benda dunia (wang ringgit, tanah, barang berharga dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.ki] | داکي

Definisi : ; mendaki 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. terdaki dpt didaki: Bukit yg tinggi itu tidak ~ olehnya. pendakian 1 perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2 bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. pendaki orang yg mendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daki

Peribahasa

Tepuk nyamuk menjadi daki.

Bermaksud :

Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mountain climbingdaki gunungSukanTiadaTiada
mountain climbingdaki gunungPelanconganTiadaAktiviti lasak yang berisiko tinggi dan biasanya dilakukan oleh golongan muda.
climb-dislocationkehelan dakiKejuruteraanTiadaTiada
climb cuttingpotong dakiKejuruteraanTiadaTiada
uphill (mountain bike)daki bukit (basikal bukit)SukanLumba BasikalAcara lumba basikal menaiki bukit.
detergentdetergenBiologiEkologiBahan pencuci sintetik yang mengurangkan tegangan permukaan air, mengemulsi minyak, dan memegang daki dalam ampaian. Ahli-ahli kaji sekitaran mengkritik bahan pencuci kerana bahan ini mengandungi fosforus yang boleh menyebabkan pengeutrofikatan aliran air. Misalnya, sabun.
mutsanna (Ar.)bentuk duaKesusasteraanTiadaPembentukan dua tokoh berasal dari satu tokoh. Contoh: Mandu Dari dan Mandu Daki dalam Hikayat Seri Rama.

Kembali ke atas