phosphofructokinase | fosfofruktokinase | Farmasi | Tiada | Enzim yang memangkinkan pertukaran fruktosa-t-fosfat kepada fruktosa-1, 6-difosfat dalam kitar glikolisis Enden-Mayerhoff. |
fructose | fruktosa | Bioteknologi | Tiada | Gula ketoheksosa yang wujud dalam bentuk L-piranosa, yang akan membentuk D-fruktosa apabila bergabung dengan gula lain, seperti sukrosa. Fruktosa dihasilkan daripada hidrolisis kanji jagung, seperti dalam penghasilan sirap jagung berfruktosa tinggi, dengan menggunakan enzim tersekat gerak. |
fructose | fruktosa | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Gula yang didapati secara bebas bersama-sama glokosa dalam buah-buahan dan madu atau bergabung dengan karbohidrat lain. Fruktosa adalah komponen sukrosa selain glukosa dan rasanya lebih manis daripada gula biasa. |
inverted sugar | gula songsang | Kimia | Tiada | Campuran yang terdiri daripada 50% fruktosa dan 50% glukosa yang diperoleh daripada hidrolisis sukrosa dengan asid. Dengan kehadiran fruktosa, gula songsang berbentuk levoputaran di dalam larutan dan lebih manis daripada sukrosa. Kebanyakan buah-buahan mengandungi gula songsang, manakala madu mengandungi lebih 70% gula ini. |
gluconeogenesis | glukoneogenesis | Bioteknologi | Tiada | Mekanisme biosintesis glukosa daripada bahan bukan karbohidrat. Mekanisme ini bermula dengan sintesis fosfoenolpiruvat (PEP) daripada piruvat oleh PEP sintase dalam satu tindak balas yang memerlukan ATP, fruktosa 1,6-difosfat terbentuk atau dihidrolisis menjadi fruktosa 6-fosfat (F6P) oleh fruktosa difosfatase. Kemudian, F6P ditukar menjadi glukosa 6-fosfat oleh glukosa fosfat isomerase. |
isomaltulose | isomaltulosa | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Sejenis gula disakarida yang terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang dihubungkan oleh ikatan α-1,6-glikosidik (nama kimia: (6-O-α-D-glukopiranosil-D-fruktosa) dan memberikan kalori sebanyak 4 kkal/g. Isomaltulosa hadir secara semula jadi dalam ekstrak madu dan tebu serta mempunyai tahap kemanisan separuh daripada sukrosa. Isomaltulosa dihasilkan secara komersial melalui kaedah enzimatik daripada gula tebu. |
fructose | fruktosa | Fizik | Tiada | Tiada |
fructose | fruktosa | Kimia | Tiada | Tiada |
fructose | fruktosa | Veterinar | Tiada | Tiada |
fructose | fruktosa | Perubatan | Tiada | Tiada |