Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung; ~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;menggambar melukis (membuat) gambar: ia suka ~ pemandangan;menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;penggambar orang yg menggambarkan, pelukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat menyerupai sesuatu yg lain dgn melukis; hasil drpd melukis; lukisan: Cantik sungguh ~ ini, siapa yg melukisnya? 2 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera: Mereka mengambil ~ ketika melawat ke Desa Ru. 3 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn mengukir; patung. bergambar 1 ada gambarnya; dihias dgn gambar; buku ~; majalah ~. 2 dibuat gambarnya dgn menggunakan kamera; mengambil gambar: Sebelum bermain, kedua-dua pasukan itu telah ~ dahulu. menggambar membuat gambar; melukis gambar: Dia pandai sekali ~ orang. menggambarkan 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. tergambar digambarkan atau dibayangkan: Apakah pengajaran yg anda dpt drpd peristiwa yg ~ dlm syair itu? gambaran 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. penggambaran perbuatan (usaha, kegiatan dll) membuat gambar dgn menggunakan kamera dll utk tayangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Disulam gambar dengan benang;
Hati ingin pulang ke kampung,
     Luasnya laut tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artworkkerja seni-TiadaLukisan, gambar rajah, gambar foto dan bahan bukan teks yang lain disediakan untuk dimasukkan dalam bahan penerbitan.
foodtographerpemfoto sajiUmumTiadaIndividu yang merakam gambar makanan yang dihidangkan di restoran, biasanya bertujuan untuk berkongsi gambar di media sosial.
anaglyphanaglifFizikNanoteknologiGambar bergerak atau pegun bagi objek yang mempunyai dua perspektif yang hampir berbeza warna dan bersuperposisi antara satu dengan lain. Gambar berbentuk tiga dimensi akan terhasil apabila dipandang melalui dua penuras warna yang berpadanan dengan perspektif tersebut.
anaglyph generatorpenjana anaglifFizikNanoteknologiPeranti yang menghasilkan gambar anaglif, iaitu imej tiga dimensi (3D) menerusi pengkomputeran canggaan trigonometri ke atas imej yang dipamerkan dalam warna tertentu. Gambar 3D ini penting bagi memudahkan analisis data dan membezakan ketinggian puncak titik berdekatan.
sliding bannersepanduk gelangsarTeknologi MaklumatTiadaPaparan grafik berbentuk gambar bermaklumat di laman web yang akan bersilih ganti sama ada ke kiri atau ke kanan apabila gambar tersebut diklik.
band picturegambar jalurFizikTiadaTiada
aerial photographgambar foto udaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
aerial photographgambar foto udaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
picture planesatah gambarKesenianHiasan DalamanSatah dua dimensi yang dilihat telus oleh seseorang. Satah ini bersifat tegak lurus 90 darjah daripada garis pandangan pemerhati.
selfieswafotoFotografiTiadaGambar seseorang yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital.
1234567

Kembali ke atas